in

ZUQ APP – Pembatalan Pesanan Kecemasan

Untuk Kes & Situasi Kecemasan Sahaja

Bagaimana Vendor boleh membuat pembatalan pesanan bagi pesanan yang telah anda terima atau sahkan? Jika pesanan yang belum disahkan tidak menjadi masalah.

Tertakluk kepada syarat yang ketat iaitu bagi situasi atau kes kecemasan, Vendor boleh membuat pembatalan pesanan yang telah anda sahkan.

Definisi Kecemasan Bagi Konteks Ini

Terdapat beberapa kebarangkalian yang boleh didefinisikan sebagai kecemasan di dalam konteks ini. Berikut adalah sebahagiannya:

  • Ketiadaan Delivery Rider yang menerima tugasan penghantaran.
  • Kehabisan stok.
  • Tidak cukup bahan mentah untuk penyediaan produk akhir.

Implikasi

  • Kegagalan menyedia atau menghantar pesanan mengikut pesanan pelanggan.
  • Kegagalan memenuhi standard kualiti produk yang sepatutnya.
  • Kegagalan memenuhi spesifikasi produk.

Siapa Boleh Memohon Pembatalan Pesanan Kecemasan

Hanya Vendor sahaja yang dibenarkan untuk membuat pembatalan kategori ini.

Cara Memohon Pembatalan Pesanan Kecemasan

Vendor dikehendaki menghubungi Customer Service untuk memulakan proses ini.

Refund Bagi Pembatalan Pesanan Kecemasan

Refund 100% (sepenuhnya) akan diberikan kepada Pelanggan yang terbabit dengan Pembatalan Pesanan Kecemasan ini.

Penalti Terhadap Vendor

Vendor akan dikenakan penalti sebanyak RM50 bagi setiap Pembatalan Pesanan Kecemasan.

 

Knowledge Dashboard – ZUQ APP

What do you think?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *